KATA-KATA HIKMAT
[adab] [adat] [adil]
[agama] [akal] [anak]
[bahagia] [bahasa] [baik]
[bangsa] [benar] [cita-cita]
[harta] [Islam]
[jangan] [kalau] [keindahan]
[kejahatan] [masa] [sahabat]
[saudara] [sederhana] [takut] [tawa] [usaha]
|
|
|
|
|
|
|
Kecantikan yang abadi terletak pada keelokan
adab dan ketinggian ilmu seseorang, bukan terletak pada wajah dan pakaiannya.
(Hamka) Yang meninggikan darjat seseorang ialah
akal dan adabnya, bukan asal keturunannya. (Aristotle) Adab dan sopan itu lebih penting daripada
makan dan minum. (Aristotle) Mahkota adab dan sopan santun lebih tinggi
nilainya daripada mahkota yang bertakhtakan ratna dan mutu manikam. (Budiman) Kata-kata yang lemah dan beradab dapat
melembutkan hati dan manusia yang keras. (Hamka) Bertambah kuat kepercayaan kepada agama,
bertambah tinggi darjatnya di dalam pergaulan hidup, dan bertambah naik
tingkahlaku dan akal budinya. (Hamka) Pergaulan mempengaruhi didikan otak. Oleh
itu, untuk kebersihan jiwa hendaklah bergaul dengan oarang-orang beradab dan
berbudi mulia yang dapat kita kutip manfaatnya. (Hamka) Sifat utama pemimpin ialah beradab dan
mulia hati. (Imam al-Ghazali) Undang-undang adab dan budi pekerti
membentuk kemerdekaan bekerja. Undang-undang akal membentuk kemerdekaan
berfikir. Dengan jalan menambah kecerdasan akal, bertambah murnilah
kemerdekaan berfikir. (Hamka) Di dalam medan hidup, ada beberapa
undang-undang yang harus dijaga dan diperhatikan. Ada yang berhubungan dengan
kesihatan tubuh, dengan kebersihan akal dan yang berhubung dengan kemuliaan
adab dan budi. (Hamka) Hendaklah adab sopan anak-anak itu
dibentuk sejak kecil kerana ketika kecil mudah membentuk dan mengasuhnya. Belum
dirosakkan oleh adat kebiasaan yang sukar ditinggalkan. (Hamka) Mengikut adab kesopanan, tetamu yang tidak
menghormati diri dan tidak menghormati ahli rumah yang ditemui, bukanlah
orang yang patut dihormati. (Hamka) Orang beradab pasti pandai menghormati
keyakinan orang lain, walaupun dia sendiri tidak sesuai dengan keyakinan itu.
(Hamka) Sesungguhnya orang yang termasuk orang
yang baik-baik ialah orang yang paling baik akhlak dan adab sopannya. (Maksud al-Hadis) |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Bagaimana juapun kita hidup mesti beradat,
dihapus adat lama pasti timbul adat baru. (Hamka) Habis adat kerana kerelaan. (Pepatah
Melayu) Adat juara berkalah menang. (Pepatah
Melayu) Adat hidup tolong-menolong, dunia
balas-membalas dan adat syariat palu-memalu. (Pepatah Melayu) |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Adil ialah menimbang yang sama berat,
menyalahkan yang salah dan membenarkan yang benar, mengembalikan hak yang
empunya dan jangan berlaku zalim di atasnya. (Hamka) Berani menegakkan keadilan, walaupun
mengenai diri sendiri, adalah puncak segala keberanian. (Hamka) Yang benar tetap benar, yang salah tetap
salah. Kaya dan miskin di hadapan keadilan adalah sama. (Hamka) Berkisar dan berpaling daripada keadilan
kerana dorongan hawa nafsu hanyalah menyulitkan diri sendiri. (Hamka) Keadilan itu syurga orang yang terkena
zalim dan neraka bagi yang zalim. (Umar al-Khatab) Adil dalam budi pekerti ialah perangai iffah.
Adil menghadapi lawan ialah memakai perangai syajaah. Adil dalam
pergaulan ialah menghindarkan lengah dan lalai. Adil di dalam masyarakat
ialah menenggelamkan kepentingan diri sendiri ke arah masyarakat bersama.
(Hamka) Keadilan yang ada pada diri seseorang
raja, laksana sebentuk mutiara. Meskipun yang empunya telah mati, mutiara itu
tetap tinggal dengan cahayanya. (Hukama) Membalas kebaikan dengan segera dengan
kebaikan pula bernama keadilan, dan melambatkannya bernama aniaya. (Hukama) |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Tujuan agama yang benar dan ilmu yang
benar hanyalah satu iaitu menuju kebenaran yang mutlak. Ilmu untuk mengetahui
dan agama untuk merasai. Ilmu untuk bendanya dan agama untuk jiwanya. (Hamka) Perhatian kepada agama pada zaman ini sudah
jauh lebih maju daripada yang sudah-sudah. Di samping kejahatan yang
bermaharajalela, keinsafan kepada agama sudah mulai tegak. Di mana-mana orang
mengadakan pengajian kerana hendak mengetahui ajaran-ajaran agama. (Hamka) Agama tidak melarang sesuatu perbuatan
kalau perbuatan itu tidak merosak jiwa. Agama tidak menyuruh, kalau suruhan
tidak membawa selamat dan bahagia jiwa. (Hamka) Maksud agama ialah merentangkan jalan,
manakala fikiran ialah membanding dan menimbang. (Hamka) Tiga sifat yang ditimbulkan oleh agama
ialah perasaan malu iaitu enggan mendekati suatu yang tercela, boleh
dipercayai di dalam pergaulan hidup (amanah) dan benar & jujur.
(Hamka) Kepercayaan kepada Tuhan itu telah ada
dalam lubuk jiwa manusia. Tetapi kepercayaan tentang adanya Allah itu belum
menjadi jaminan bahawa orang itu tidak sesat. (Hamka) Seseorang mukmin dengan mukmin yang lain
laksana rumah batu, yang satu menguatkan yang lain. (Maksud al-Hadis) Kepercayaan agama menjelaskan bahawa
manusia makhluk yang termulia darjatnya di dalam alam. Penganut-penganut
tiap-tiap agama mempercayai bahawa penganut agamalah yang paling mulia.
(Hamka) |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Apabila sempurna akal, kurang perkataan.
(Saidina Ali Abi Talib) Orang yang berakal, tidak berdukacita
kerana miskin, bahkan yang menjadikannya berdukacita ialah sekiranya ia
berkurangan akal dan tidak mengerjakan amal soleh. (Ulama) Sifat pemarah adalah musuh utama akal.
(Saidina Ali Abi Talib) Walaubagaimanapun alim seseorang itu, dia
tidak akan dapat manfaat daripada ilmunya selagi ilmunya tidak berpedoman
kepada akal. (Luqman al-Hakim) Teman manusia yang sebenar ialah akal dan
musuhnya yang celaka ialah jahil. (Saidina Ali Abi Talib) Lebih sedikit orang menggunakan akalnya,
lebih banyak pula ia berkata-kata. (Saidina Ali Abi Talib) Dada orang berakal itu ialah peti
rahsianya. (Saidina Ali Abi Talib) Akal yang sihat daripada badan yang sihat.
(Lidah Pendeta) Akal membentuk budi, membentuk kebudayaan
dan menjerumuskan manusia kepada kehancuran. (Hamka) Akal ialah anugerah Tuhan kepada makhluk
yang dipilihNYA, iaitu manusia. Akal tidak diberikan semata-mata. Ia perlu
dituntut. (Hamka) Salah satu tugas agama ialah memelihara
akal. Memelihara akal ialah dengan jalan menambah ilmu melatih diri berfikir,
merenungkannya. (Hamka) Hawa nafsu membawa kesesatan dan tidak
berpedoman, akal menjadi pedoman menuju keutamaan. Hawa nafsu menyuruh
mengelamun dan berangan-angan, tetapi akal menyuruh menimbang. (Hamka) |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Anak adalah untuk zaman yang akan datang, bukan
untuk zaman kita. Salahlah pendidikan orang tua yang hendak memperbuat
anaknya seperti mereka juga. (Hamka) Peliharalah anak-anakmu dan perbaikilah
budi pekerti mereka. Sesungguhnya anak-anak itu adalah hadiah Allah kepadamu.
(Maksud al-Hadis) Apabila mati seseorang anak Adam,
terputuslah amalannya kecuali tiga perkara iaitu sedekah jariah, ilmu yang
diambil orang manfaatnya dan anak soleh yang mendoakannya. (Maksud al-Hadis) Anak yang ditinggalkan ayah jarang yang tidak
luka jiwanya sampai besar. (Pepatah Melayu) Sewaktu kecil anak-anak lelaki menjadi
perhiasan mata kerana lucunya, kerana dia itu harapan. Maka setelah dia
besar, dia menjadi kebanggaan kerana kejayaan hidupnya. (Hamka) Ikhlas dan sejati akan bertemu di dalam
senyuman anak kecil. Senyum yang sebenarnya senyum, senyum yang tidak
disertai apa-apa. (Hamka) |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Kebahagiaan terletak pada kemenangan
memerangi hawa nafsu dan menahan kehendak yang berlebih-lebihan. (Imam al-Ghazali) Bahagialah orang yang dapat menjadi tuan
untuk dirinya, menjadi kusir untuk nafsunya dan menjadi kapten untuk bahtera
hidupnya. (Saidina Ali Abi Talib) Tahan menderita kepahitan hidup sehingga
penderitaan menjadi kekayaan adalah bahagia. (Hamka) Kenal akan keindahan dan sanggup
menyatakan keindahan itu kepada orang lain adalah bahagia. (Hamka) Bahagia sekali orang-orang yang menahan
lidahnya daripada berkata-kata secara berlebih-lebihan dan mendermakan
hartanya yang lebih. (Maksud al-Hadis) Berbahagialah orang yang dapat menyalahkan
dirinya sendiri sebelum menyalahkan orang lain. (Maksud al-Hadis) Perluaskanlah bidang dan minat dan
kegemaran anda supaya masa anda tidak terbuang dengan sia-sia yang boleh
menghanyutkan anda dalam kegiatan atau arus fantasi yang menjahanamkan diri
anda. Anggaplah dunia sebagai sebuah tempat yang penuh dengan beraneka
perkara menarik yang menunggu anda untuk meneroka dan mempelajarinya. Anda
perlu sentiasa bersedia untuk memberi pertolongan, bantuan dan khidmat kepada
orang lain. Bersyukur dan bergembiralah terhadap kejayaan dan kemajuan yang
dicapai oleh orang lain dan jangan sekali-kali anda merasa cemburu atau iri
hati terhadap mereka. Anda hendaklah lebih banyak berfikir dan bercakap
tentang pengalaman-pengalaman yang menggembirakan daripada
pengalaman-pengalaman yang membawa duka nestapa. Bersyukur dan berpuas
hatilah dengan apa yang anda miliki sekarang. Jangan sekali-kali berfikir
bahawa anda akan bergembira setelah memiliki perkara-perkara yang tidak anda
miliki sekarang. |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Orang berbudi kita berbahasa, orang memberi
kita merasa. (Pepatah Melayu) Barangsiapa yang mengetahui bahasa sesuatu
kaum, nescaya terlepaslah dia daripada ditipu oleh kaum itu. (Peribahasa Arab) Dalam seni bahasa kita, adalah ‘kunci’
kata-kata itu yang harus diperhatikan. Di sinilah terletak halusnya, walaupun
hanya empat atau lima baris. (Hamka) Mengatur bahasa beerti mengatur fikiran
bangsa, menambah kata-kata bahasa beerti menumbuhkan fikiran bangsa. Bahasa
itu adalah jiwa bangsa. (Sutan Takdir) Bahasa tidak boleh dijual beli. (Peribahasa) |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Buat baik berpada-pada, buat jahat jangan
sekali. (Peribahasa) Sifat baik ialah tidak pernah putus-asa
dan tidak pernah gentar. (Marsekal Foch) Hendaklah selalu berbuat baik dan jauhkanlah
pekerjaan maksiat. (Maksud al-Hadis) Hasad itu memakan kebaikan seperti api
memakan kayu. (Maksud al-Hadis) Penonton sering melihat lebih baik
daripada yang bermain. (Francis Becon) Kita harus yakin bahawa apa yang
ditentukan oleh Allah buat kita, itulah yang terbaik. (Hamka) Cita-cita dan niat yang baik mesti
disertai dengan usaha dan jalan yang baik untuk melaksanakannya. |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Warna kulit dan bahasa yang berlainan adalah
suatu tanda kebesaran Ilahi. Bangsa yang memperkosa hak bangsa lain
atau orang yang memperbudakkan sesama manusia telah melakukan kesalahan. Tetapi
kesalahan tidak boleh ditimpakan kepada si gagah sahaja. Yang dijajah dan
diperkosa atau diperbudak turut bersalah. Mengapa mahu dijajah? Orang lain
tidak dapat menolong kalau yang dijajah telah menggalangkan batang leher
sendiri untuk disembelih. (Hamka) Bangsa yang ingin maju mestilah memajukan
bahasanya. Bangsa penakut tidak boleh merdeka dan
tidak berhak merdeka. Ketakutan adalah penasihat yang sangat curang untuk
kemerdekaan. (Andre Colin) Tiada kelebihan di antara orang Arab
dengan bukan orang Arab dan tidak ada kelebihan di antara kulit putih dan
kulit hitam, begitu juga sebaliknya. Semulia-mulia kamu ialah orang yang
bertakwa. (Maksud al-Hadis) Bangsa Rom pada masa dahulu sangat kuat
berusaha dan rajin bekerja sehingga berjaya kepuncak ketinggian. Namun setelah
ditimpa penyakit lalai dan malas, peradaban yang ditegakkan oleh nenek moyang
mereka runtuh sedikit demi sedikit. Ketika itu mereka menyangka berusaha dan
bekerja itu bukan pekerjaan orang yang merdeka tetapi pekerjaan bdak-budak. (Sejarahwan) "Wahai manusia! Sesungguhnya telah
Kami jadikan kamu sekalian daripada seorang lelaki dan seorang wanita, dan
Kami jadikan kamu bergolongan dan berbangsa-bangsa supaya kamu saling kenal
di antara satu sama lain. Sesungguhnya orang yang bertakwa paling mulia di
sisi Allah. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui dan Menyelidiki". (Maksud
al-Quran 49:13) |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Benar jadi berani. (Pepatah Cina) Menyebut yang benar tidaklah akan
mendekatkan ajal dan tidak akan menjauhkan rezeki. Orang yang merasai menang sementara kerana
menentang kebenaran, tetapi kebenaran itu akan mentertawakannya juga. (Hamka) Kesusahan adalah jalan menuju kebenaran.
(Bijron) Benar tidak akan melukakan oarang yang
memberitahunya. (Chamberlain) Katakan yang benar, sungguhpun ia pahit
dan tidak digemari orang. (Maksud al-Hadis) “Wahai saudagar! Ambillah yang benar, nescaya
kamu selamat. Janganlah kamu menolak keuntungan yang sedikit kerana kamu
tidak memperolehi keuntungan yang banyak". (Saidina Ali Abi Talib) Berani kerana benar, takut kerana salah. (Pepatah
Melayu) Benar akan menang. Tidak ada yang lebih benar selain
kebenaran itu sendiri. Kebenaran tidak dapat dimusnahkan oleh air
dan api. (Peribahasa Tibet) Tidak semua orang yang menolak kebenaran
itu tidak tahu bahawa yang ditolakkanya itu benar. (Hamka) Yang menjadi kepala pemerintah ialah
kebenaran dan yang menjadi hakim yang paling berkuasa ialah keadilan. (Hamka) Tiga rukun yang benar dan perlu dalam
mencapai kejayaan utama iaitu dengan tabiat, dengan pengalaman dan dengan
pelajaran. Adapun musuh yang sentiasa menghalangi manusia mencapai keutamaan
ialah hawa nafsu yang menyebabkan marah dan dengki. (Hamka) Manusia mempunyai batas kekuatan sedangkan
kebenaran tidak dapat dibatasi. (Hamka) Katakanlah yang benar dan adil, sebab
benar dan adil adalah satu. (Hamka) Kesombongan tidak dapat bertahan di
hadapan kesombongan. (Hamka) Yang benar tidak terikat dengan waktu.
(Hamka) Orang yang sengaja menyorokkan kebenaran
adalah orang yang lemah. (Hamka) |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Alangkah sempitnya hidup kalau bukan
kerana luasnya cita-cita. Orang yang bercita-cita dan berazam besar selalu
bertemu halangan dan rintangan yang besar. Kebesaran halangan dan rintangan
itu adalah ukuran kecil besar suatu cita-cita. Dalam dasar suatu cita-cita mulia,
kehendak yang buruk bisa juga menyelinap. Bila dasar suatu cita-cita bermula, perjalanananya
menjadi sukar dan memerlukan pengorbanan yang banyak. Orang yang mudah bersedih hati akan sukar
mencapai apa yang dicita-citanya. Cita-cita yang tinggi itu menyuburkan
tabiat yang mulia dan tujuan yang besar dan mulia itu menimbulkan fikiran
yang luas dan tinggi. Jangan engkau kecilkan cita-cita engkau, kerana
cita-cita yang kecil bukan penyebab seseorang mundur dalam gerak langkah
perjalanan hidupnya menuju kejayaan, kecuali cita-cita atau hemah yang kecil. Orang yang mempunyai cita-cita selalu
memperoleh kemajuan di dalam hidupnya. Cita-cita membuatkan manusia mengharapkan
sesuatu yang lebih sempurna. Cita-cita hidup bukanlah jalan yang selalu
datar dan ditaburi bunga, melainkan adakalanya disirami dengan airmata dan
juga darah. Bercita-cita tanpa usaha bukan cita-cita
tapi angan-angan. |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Kegunaan harta tidak dimungkiri. Tetapi ingatlah
yang lebih tinggi ialah cita-cita yang mulia. (Hamka) Kekayaan menjahanamkan si bodoh, merosakkan
si pandai. Jauhilah tubuh kebinasaan iaitu syirik, sihir,
bunuh diri, makan riba, makan harta anak yatim, berpaling dari medan perang
dan memfitnah wanita mukmin. Harta benda itu menjadi fitnah kepada
manusia. Keinginan kepada harta tidak terbatas, padahal
hidup sendiri terbatas. Kalau manusia tidak membataskan seleranya, sampai
mati dia tidak merasa puas apa yang ada. (Hamka) Hidup mewah merosak jiwa dan bangsa. Kemewahan
menjadi bibit yang memundurkan jiwa. Ukuran mewah atau belum mewah adalah
ukuran kesihatan jiwa masyarakat berfikir. (Hamka) Bakhil membawa celaka dan boros membawa
sesal. Bersikap dermawan sangat dianjurkan, tetapi bersikap dermawan tanpa perhitungan
adalah kawan syaitan. Jangan dibawa pendapat kepada yang lurus. Peliharakan
semuanya itu dengan sungguh-sungguh. Kekayaan harta benda, pangkat atau
kedudukan tinggi tidak dapat menutupi kekerdilan jiwa atau tabiat yang tidak
jujur. Orang yang berhemat mengatur hartanya. Orang
yang bakhil diatur oleh hartanya. Harta benda yang baik untuk orang yang
baik. Antara gejala hawa nafsu manusia ialah
sekali kemewahan itu mempengaruhi diri, orang yang berlaku curang. Engkau dan harta bendamu adalah milik
ayahmu. Tiap-tiap harta yang didapati dengan jalan
yang tidak benar amat panas dalam tangan, menyebabkan diri menjadi gelisah
dan menghilangkan ketenteraman. Tamak haloba akan harta benda menyebabkan
orang mengumpulkannya untuk kekayaan diri dan golongan tertentu. Adakalanya
untuk kemegahan atau kekuasaan walaupun dengan menghisap darah dan menindas
orang yang lemah. Ada 2 tabiat yang tumbuh dalam manusia
kerana memiliki harta. Pertama tamak dan haloba, kedua bakhil. Harta benda amat perlu. Insan muslim hendaklah
kaya supaya dapat membayar zakat dan naik haji. Sedangkan zakat dan haji
adalah dua daripada lima rukun Islam. Harta yang diberikan Allah bukan
semata-mata berupa benda. Fikiran yang cerdas, akal yang lanjut, ilmu
pengetahuan yang banyak dan sebagainya adalah rezeki pemberian Allah. Kekayaan ialah nikmat Allah, seharusnya
kekayaan itu kita belanjakan menurut jalan yang digariskan Allah. Bertambah tinggi darjat iman, bertambahlah
manusia tidak memandang mahal hartanya lagi. Yang mahal baginya ialah hubungan
silaturrahim sesama manusia dan ibadat kepada Tuhan. Kekayaan yang paling tinggi diberikan oleh
Allah kepada hambanya ialah kekayaan nikmat. Lebih baik menerima nama baik daripada
harta. (Pujangga) Kekayaan yang istimewa dan utama dalam
kehidupan ini ialah banyaknya hubungan antara diri dengan masyarakat dan
banyak mendapat pertemuan umum. Harta benda akan menjadi sengketa kalau
rahmat Allah tertahan. Harta yang sedikit boleh menjadi rahmat kalau pandai
menggunakannya. Sebaik-baik kaya ialah kaya hati, sebaik-baik
bekal ialah takwa, seburuk-buruk buta ialah buta hati dan sebesar-besar dosa
ialah berdusta. |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Maksud Islam ialah memperbaiki manusia, supaya
baik hubungannya dengan Allah dan baik pula hubungannya dengan manusia. Dakwah Islam itu sukar untuk memisahkan di
antara agama dan masyarakat atau negara. Dakwah Isalam mencakupi kedua-duanya
sekali. Iman adalah akidah atau pokok pegangan hidup
atau kepercayaan. Iman mesti diikuti dengan amal. Amal adalah buah daripada
iman. Perbezaan kepercayaan antara orang Islam
dengan orang Kristian kepada Nabi Isa adalah tentang Filsafat Ketuhanannya
dan tentang matinya kerana disalib. Agama Islam amat membenci orang-orang yang
berambut kusut masai, tidak licin bersikat, berjanggut kusut masai dan
sebagainya. |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Jangan sekali-kali berputus-asa. Tetapi jika
anda berputus-asa, teruslah bekerja dalam keadaan itu. Jangan membuang waktu barang seminit pun
untuk memikirkan orang-orang yang tidak kita sukai. Jangan bertengkar dengan orang yang kurang
akal, nanti ia akan menyakitkan kamu. Jangan bertengkar dengan orang yang
penyantun, nanti dia benci padamu. |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Kalau kail panjang sejengkal, jangan
lautan hendak diduga. (Peribahasa Melayu) Kalau banyak ilmu manusia, lebih mudah dia
menipu dirinya. Jalan yang baik mengelakkan kesilapan ialah membuat tidak
tahu. (Jean Jacques Rousseau) Kalau kita memerintah kekayaan, kita
menjadi kaya dan bebas. Kalau kekayaan memerintah, kita jadi miskin. (Edmund
Burke) Kalau kamu tua, beri nasihat. Jika kamu
muda, terimalah nasihat. (Peribahasa Cina) Kalau banyak benda yang manusia malukan, dia
akan dihormati. Kalau dua orang menunggang kuda, seorang
mesti duduk di belakang. (Peribahasa Inggeris) Kalau engkau disuruh pilih, tentu engkau
memilih. (Peribahasa Arab) Kalau bekerja dianggap menyusahkan, mengganggur
merosakkan. (Peribahasa Arab) Hati-hatilah kalau lidahmu akan memukul
lehermu sendiri. (Peribahasa Arab) Kalau besar yang dituntut dan mulia yang
dicari, maka payah melaluinya, panjang jalannya dan banyak rintangannya. (Imam
al-Ghazali) Kalaulah ilmu dapat dicari dengan niat, pasti
tidak ada orang jahil dalam dunia ini. (Pendeta) Kalau takut mati, jangan hidup. (Mahatma
Gandhi) Kalau Tuhan tidak menjadikan perhambaan
dan perbudakan, tentu tidak akan timbul keinginan hendak mengejar
kemerdekaan. Memang kalau tiada kesakitan, orang tidak mempunyai keinginan
untuk mengejar kesenangan. Oleh itu tidak keterlaluan jika dikatakan bahawa
sakit dan pedih adalah tangga menuju kejayaan. (Hamka) Kalau petang dan pagi seseorang itu
beroleh aman dan sentosa daripada sebarang gangguan, itulah orang yang
bahagia. (Zaid) Kalau sekali seorang bijak melakukan
kekeliruan, di belakangnya terdapat ramai orang bodoh yang mengulangi
kekeliruan itu. (Beng Cu) Kalau engkau ingin menjadi raja, pakailah
sifat qanaah. Kalau engkau ingin beroleh syurga dunia sebelum syurga
akhirat, pakailah budi pekerti yang baik. Kedua sifat ini ialah kawan bahagia.
(Saidina Ali Abi Talib) Kalau nyata bahawa harta benda tidak dapat
menangkis sakit, tidak dapat menolak demam dan tidak dapat menghindarkan
maut, nyatalah bahawa kesusahan yang menimpa orang kaya serupa dengan
kesusahan yang menimpa orang miskin. (Hamka) Kalau hendak beroleh kemerdekaan fikiran, hendaklah
biasakan hidup melarat, sengsara dan tidak terpengaruh oleh hiasan dunia. Tetapi
kalau engkau hendak mencapai kemerdekaan untuk diri sendiri dan bangsamu, hendaklah
engkau biasakan bersikap tabah menempuh perjuangan. (Voltaire) Kalau pemerintah mempunyai hak atas rakyat
iaitu supaya rakyat taat dan tunduk kepadanya, maka rakyat pula mempunyai hak
atas pemerintah, iaitu hendaklah pemerintah berlaku adil atas rakyat.
(Muhammad Abduh) Kalau hendak memperbaiki karangan, adakan
peraturan dalam fikiran. (Buffon) Kalau hendak mempunyai tampan yang paling
baik dan paling kukuh dalam karangan, menulislah dengan sederhana.
(Hohenemser) Kalau kamu mendapat kesusahan, ingatlah
untuk menyimpan kesabaran. (Horatius) Kalau tutur kata dan bahasa tidak sesuai
dengan keadaan yang sebenar, itu tandanya bahawa sesuatu perkara tidak
berhasil. Kalau kamu berada di rumah orang, hendaklah
kamu jaga matamu. Jika kamu berada di tengah orang ramai, jaga lidahmu. Jika
kamu berada dalam majilis jamuan, jaga perangaimu. (Luqman al-Hakim) Kalau nasihat orang gila itu bagus, orang
berfikiran waras tentu akan melaksanakannya. (Hamka) Kalau orang perlu kawan, dia akan
mengambil setiap orang yang mahu menolongnya. Soal siapa orangnya, itu tidak
penting. (Feng Yu Hsiang) Kalau kamu letakkan pedang yang terhunus
di leherku sewaktu aku menyampaikan perintah Allah dan RasulNYA, aku akan
terus berbicara sekalipun pedangmu itu akan memutuskan leherku. (Abu Zar al-Ghifary) Kalau engkau merasa berkuasa untuk membuat
aniaya kepada hamba Allah, ingat pula bahawa Allah lebih berkuasa membalasnya.
(Umar al-Khatab) Kalau hendak orang lain menyimpan
rahsiamu, lebih dahulu simpanlah pada dirimu sendiri. Kalau orang mengasihi anda, dia akan
membuat anda meratap. Tetapi jika orang membenci anda, dia akan membuat anda
ketawa. Kalau kita membenci orang, orang akan membenci
kita. Kalau kurang pada rupa, jangan kurang pada
budi. Kalau orang sakit memikirkan nyawanya, orang
sihat akan memikirkan wangnya. Kalau kita tidak mencari sesuatu, kita
tidak dapat menemui sesuatu. |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Untuk merasakan keindahan, bacalah susunan
syair yang indah-indah, buku-buku yang berfaedah, tentu timbul kerinduan
untuk berkenalan dengan pengarangnya. Memerhatikan keindahan alam itu menambah
harga diri. Hasad dengki menghilangkan keindahan, baik
keindahan badan, keindahan jiwa ataupun keindahan akal. Bahkan keindahan
wajah pun mampu dihilangkannya. Alangkah indahnya jika dunia dan agama
berkumpul menjadi satu dan alangkah buruknya jika kafir dan derhaka bergabung
dalam diri seseorang. Letak keindahan bukan pada ejekannya, tetapi
pada cara dia mengejek. Bacaan al-Quran dengan lagu yang indah dan
suara yang merdu menunjukkan dalam agama pun ada seni suara. Allah amat ingin agar hambanya memperlihatkan
bekas nikmatnya atas dirinya. Perhiasan timbul daripada kerinduan
terhadap yang indah. Bunga yang mekar di atas meja dan kerusi yang bagus, semuanya
seiring dengan kemajuan otak dan jiwa. Berhiaslah ketika ke masjid. Tandanya
berhias itu dilarang bahkan dianjurkan. Tetapi jangan berlebih-lebihan. Seni adalah tiruan daripada keindahan dan
sumber keindahan ialah Allah yang dapat disaksikan bekasnya di dalam alam ini
dipandang dan direnung oleh hati sanubari yang fana di dalam cinta dan baqa
lantaran makrifat. Sesungguhnya Allah itu indah, suka akan
keindahan. Perhiasan adalah barang indah. Orang tidak
boleh berhias dengan barang yang buruk. Sikap yang kasar adalah lantaran jiwa yang
kasar, jiwa yang tidak mengenal keindahan. Jika seseorang tidak dikuasai oleh
perasaan benci, setiap pakaian yang dipakainya kelihatan indah. |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Tiada satu kejahatan pun yang dapat
dinilai sebagai baik, meskipun melakukan kejahatan itu dikatakan bertujuan baik. Orang yang membenarkan kejahatan, beerti
sudah berbuat jahat. Hendaklah kamu hentikan kejahatan yang
kamu lakukan ke atas orang lain dan hendaklah kamu memaaf dan melupakan kejahatan
orang lain terhadap dirimu. Melakukan kejahatan kepada orang lain
bukan sahaja merosak dan menganiayai mereka bahkan turut merosakkan diri
sendiri. Sejahat-jahat manusia ialah mereka yang
suka mencari kesalahan dan kecelaan orang sebagaimana lalat mencari bangkai
dari tempat-tempat yang busuk. Menolong orang melakukan kejahatan sama
seperti kata peribahasa ‘melepaskan anjing yang tersepit’. Sesiapa yang berjalan di tempat kejahatan
pasti ditohmah atau difitnah. Manusia yang hanya besar perut, banyak
tidur, pemalas dan kurang keyakinan diri juga merupakan manusia yang bersifat
jahat. Orang yang membinasakan orang lain untuk
kepentingan dan faedah diri sendiri telah melakukan kejahatan yang amat keji. Iman yang teguh menghalang manusia
melakukan kejahatan. |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Perkara yang dapat dibuat dan diselesaikan
dalam sehari jangan ditangguh sehingga esok. Orang yang tidak tahu menggunakan masa itu
sama seperti orang yang sudah mati. Masa itu umpama pedang. Jika kamu tidak
menggunakannya, ia akan memancung kamu. Masa yang lepas itu sesungguhnya telah
meninggalkan kamu, tetapi masa akan datang sentiasa melawat kamu. Apabila
kamu hitungkan apa yang sudah berlalu, biarkanlah. Maka wajib atas kamu menghitungkan
pula masa yang di hadapan itu pelawat bagi kemajuan dan kebahgiaan. Bertangguh itu pencuri masa. (Peribahasa
Arab) Masa itu umpama air pasang surut, tiada
siapa yang dapat menahannya. Masa dihargai, janji ditepati. (Pepatah
Melayu) Satu hari bagi orang berilmu lebih baik
daripada setahun orang dungu. (Maksud al-Hadis) Susah-payah tidak memperlihatkan apa yang
perlu, menghabiskan masa yang tidak perlu. |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Sebaik-baik sahabat ialah yang elok dalam
perangai dan budi pekerti. Jangan basuh mangkuk persahabatan dengan cuka. Apabila temanmu berubah dan bertukar
keadaannya, jangan engkau tinggalkan dia kerana sekali ia membengkok dan
sekali ia melurus. Sendirian lebih baik daripada mengambil
teman duduk dengan orang jahat. Teman duduk orang baik adalah lebih baik daripada
sendirian. Apabila engkau ingin mengambil seseorang
menjadi teman, maka buatlah dia supaya marah kemudian suruh orang bertanya
kepadanya tentang dirimu dan rahsiamu. Sekiranya ia mengatakan yang baik dan
menyembunyikan rahsiamu, maka ambillah dia menjadai sahabat. Tiadalah yang menyentuhkan engkau ke dalam
bencana selain kerana berteman dengan orang yang engkau tidak malu kepadanya. Kalau engkau ramai sahabat bersyukurlah! Lantaran
ramai orang yang menghargai dan memperhatikan engkau, tandanya harga dirimu
mahal dan timbangannya berat. Persahabatan adalah perisai bagi segala
bencana dan segala peristiwa yang terjadi pada setiap zaman. Manusia yang paling lemah ialah orang yang
tidak sanggup mencari teman dan paling lemah daripada itu ialah orang yang
menyia-yiakan teman yang diperolehinnya. Barang siapa menghendaki daripada
sahabatnya apa yang tidak dikehendakinya, maka sesungguhnya ia telah berbuat
zalim kepadanya. Barang siapa menghendaki daripada sahabatnya seperti apa yang
dikehendakinya, seseungguhnya ia telah mendatangkan kepayahan kepadanya. Barang
siapa tidak menghendaki apa-apa daripada sahabatnya, seseungguhnya ia berbuat
keutamaan kepadanya. Sahabat sejati adalah orang-orang yang
dapat berkata-kata benar denganmu, dan bukan orang-orang yang dapat
membenarkan kata-katamu. Teman-teman kita kasihi daripada keluarga
dan anak-anak kita, kerana keluarga mengingatkan kita kepada dunia dan
teman-teman mengingatkan kita pada akhirat. Uji sahabatmu dengan kepapaan atau kesusahan
kamu. Kekayaan menarik sahabat-sahabatmu, kemiskinan
menjadi penolaknya. Sahabatmu pada hari ini boleh menjadi
seteru pada hari esok. Sahabat yang bebal lebih merbahaya
daripada seteru yang berakal. Sahabat yang celaka itu sentiasa
melalaikan kita, tetapi seteru yang celaka sentiasa mengingatkan kita. Anjing yang garang itu lebih baik daripada
sahabat yang khianat. Bersahabat dengan orang jahat itu ibarat
berperahu di laut. Sungguhpun kita selamat daripada tenggelam tetapi kita
tidak terlepas daripada rasa takut. Sahabat sering menjadi musuh. Oleh itu berhati-hatilah
memilih sahabat. Bermusuh dengan orang yang berakal lebih
ringan daripada bersahabat dengan orang bodoh. Apabila datang kesusahan dan kepayahan, di
situlah nyata kawan dan lawan. Bersahabatlah dengan hatimu terlebih
dahulu daripada bersahabat dengan orang lain. Pengubat jerih manusia adalah dua
keutamaan, pertama iman kepada Allah, kedua percaya kepada sahabat. Supaya engkau beroleh sahabat, hendaklah
diri engkau sendiri sanggup menyempurnakan menjadi sahabat orang. Sahabatmu suka kepadamu, tetapi tidaklah
tiap-tiap orang yang suka kepadamu itu sahabatmu. Bila orang merasa dirinya besar, dia lupa
akan salahnya. Hanya sahabat yang setia sanggup membuka matanya. Musuhmu adalah sahabatmu yang akrab. Jangan ditanya siapa orang itu, tetapi
tanyalah siapa temannya. Kerana teman saling mencontohi. Apabila orang soleh memandang akan orang
fasik maka ia mendoakan, "Wahai Tuhanku, kurniailah kepadanya petunjuk, terimalah
taubatnya dan ampunilah kesalahannya". Suatu pendirian yang salah, tidak akan
dapat dipertahankan apabila berhadapan dengan pendirian yang benar. Manusia memang selalu lalai
memperhitungkannya bahawa dia bersalah. Setelah datang malapetaka dengan
tiba-tiba dia mejadi bingung, lalu menyalahkan orang lain atau menyalahkan
takdir. Mustahil bahawa yang salah akan dapat
bertahan lama. Mempertahankan yang batil sama seperti menunda kekalahan. |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Tolonglah saudaramu ketika ia menjadi
seorang yang zalim atau orang yang dizalimi. Tidak sempurna iman seseorang melainkan
dia mencintai saudaranya, sebagaimna ia mencintai dirinya sendiri. Kedua orang saudara itu laksana dua belah
tangan yang membasuh satu sama lain. Bersedekah kepada orang miskin itu beerti
satu sedekah sahaja, sementara sedekah kepada kaum kerabat itu beerti du
sedekah iaitu bersedekah dan mengutamakan hubungan persaudaraan. Di sana ada tiga jenis saudara; saudara
yang tidak membalas kebaikan yang anda berikan kepadannya, saudara yang
memberikan balasan setimpal dengan kebaikan yang diberikan dan saudara yang
sentiasa ingin memanjangkan hubungan persaudaraan tanpa mengejar sebarang
kebaikan daripada anda. Di antara sikap yang boleh melahirkan
perasaan kasih sayang seorang saudara kepada anda ialah memberi salam
terlebih dahulu. Anda memanggilnya dengan nama yang paling digemarinya. Anda
melapangkan tempat di dalam sesuatu majlis untuknya. Tidaklah halal bagi seseorang Islam untuk
menjauhi saudarnya lebih daripada tiga hari. Allah merahmati seseorang yang melapangkan
tempat buat saudaranya. Hiduplah dengan persaudaraan. Saudara yang besar menjadi pemimpin bagi
adik-adiknya. Saudara yang lelaki menjadi pembela bagi yang perempuan. Maka
yang memikul kewajipan lebih berat ketika itu ialah saudara-saudara yang
tertua. Saudara-saudara yang muda harus
menghormati dan mengagungkan abangnya. Kalau hal ini tidak dipedulikan, alamat
suatu keluarga yang runtuh. Hubungan yang mesra dan saling menghormati
antara anggota-anggota masyarakat akan menimbulkan rasa persahabatan dan
persaudaraan yang berkesan. |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Sebaik-baik pekerjaan ialah sederhana. Keindahan dalam dasar kelakuan dan bahasa ialah
keserderhanaan. Jangan terlalu boros mengelurakan
pendapat, sederhana memulai atau menjawab. Susun baik-baik alasan yang
diberikan kepada yang demikian amat besar muslihatnya di dalam menghadapi pekerjaan
dan mengatasi kesulitan. |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Kalau takut dilambung ombak, jangan
berumah di tepi pantai. Si pengecut berpendapat bahawa pengecut
itu adalah satu perhitungan yang tepat. Itu adalah perangai nafsu yang hina. Ketakutan adalah penyakit yang sangat melukakan
jiwa dalam hidup. Rasa takut adalah naluri manusia yang
wujud dari keinginan memelihara hidup. Apabila telah masuk ke dalam naluri,
ia tidak dihapuskan lagi. Rasa takut timbul kerana menghadapi suatu
bahaya. Dukacita timbul kerana mengenangkan seseutu maksud yang tidak
tercapai atau kehilangan sesuatu yang paling berharga. Yang paling ditakuti
ialah maut. Orang yang takut menghadapi risiko adalah
orang yang mengalah sebelum mencuba kemampuannya dan menyerah sebelum
berjuang. Orang penakut mengatakan bahawa pengecut
itu adalah suatu siasat, demikianlah tabiat dan jiwa yang rendah. Jubun ialah orang yang sudah yakin bahawa
dia berada di pihak yang benar. Tetapi takut menyebut kebenaran itu. Tidak
mempunyai keberanian moral sehingga menderita menerima penghinaan dan
kehinaan. Perasaan takut timbul sehingga bertemu
dengan hati tenteram, lebih baik daripada tenteram yang kemudiannya
menimbulkan takut. Si penakut akan terbunuh dengan
ketakutannya terlebih dahulu daripada terbunuh dengan pedang. Musibah yang harus ditakuti oleh manusia
di dunia boleh diringkaskan menjadi lima. Pertama, sakit ketika mengembara.
Kedua, miskin ketika tua. Ketiga, maut pada usia muda. Keempat, buta setelah
melihat. Kelima, dilupakan orang yang disanjungi. |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Senyuman adalah ibarat perhaisan batin
yang membantu mengindahkan perhiasan lahir yang kurang cantik. Dengan senyum, ke manapun kita pergi, bersinarlah
di sana cahaya kegembiraan. Tidak ada urusan yang berat dalam dunia ini. Semuanya
dapat diatasi. Senyumlah, supaya alam turut tersenyum
kepada anda. Teranglah bahawa senyuman doktor ialah malaikat
rahmat yang turun ke bumi. Senyuman itu kelopak, ketawa itu bunga
yang sempurna kembang. Jangan tertawa melihat orang jatuh, kerana
jarang seseorang itu jatuh dengan sengaja kerana ia sakit. Tetapi
bersyukurlah kepada Tuhan, jika tidak jatuh dalam perjalanan yang sulit. Bicaranya ... ialah senyum. Dibawanya senyum matanya, dirasakan hari
hujan. Dibawanya gelak pipinya, dirasakan hari panas. Jangan engkau tertawa di tempat yang tidak
menghairankan. Jangan berjalan tanpa mempunyai maksud. Jangan bertanya tentang
yang tidak perlu padamu. Jangan sia-siakan hartamu dan memperbaiki harta
orang lain, yang dikatakan hartamu ialah yang engkau pergunakan buat amal dan
harta orang lain ialah yang engkau tinggalkan. Berapakah harga ketawa yang diakhiri dengan
ratap dan tangis? Tentu tidak semahal harga sedu-sedan yang diakhiri dengan
senyum-simpul. |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Orang yang tidak bekerja untuk dirinya
sendiri atau untuk orang lain, tidak mendapat rahmat daripada Allah. Seorang yang memikul kayu di belakangnya
untuk dijual lebih baik daripada meminta-minta yang belum tentu orang hendak
memberikannya. Sesunguhnya Allah menjadikan rezekiku di
bawah bayang-bayang usahaku. Janganlah kamu hanya berdoa, "Ya
Allah, ya Tuhanku! Anugerahilah hambamu rezeki". Sesungguhnya kamu harus
mengerti bahawa langit itu tidak menurunkan hujan emas dan perak. Pekerjaan seorang lelaki lebih memberi
bekas kepada seribu orang lelaki daripada perkataan seribu lelaki kepada
seorang lelaki. Perusahaan yang rendah melata lebih mulia
daripada meminta-minta. Penderitaan, kesusahan, kesengsaraan, kegagalan
dan kekecewaan sekali-kali tidak boleh menghalang manusia berusaha. Berusahalah di dunia seakan-akan engkau
akan hidup selama-lamanya. Berusahalah untuk akhirat seakan-akan engkau akan
mati esoknya. Memperolehi sesuatu dengan usaha sendiri
adalah lebih baik dan lebih aku sukai daripada meminta-minta. Sebaik-baik pekerjaan ialah usaha
seseorang dengan tangannya sendiri. (Maksud al-Hadis) Segala amal dan usaha di dalam hidup kita
adalah didorong oleh fikiran dan batin kita. Di dalam batin terletak
pertimbangan di antara buruk dan baik, cantik atau jelik. Berusaha dalam hidup itu diwajibkan oleh
agama. Allah sangat menyukai orang-orang Mukmin
yang mempunyai pekerjaan. (Maksud al-Hadis) Marilah kita bekerja, beramal dan
membangunkan negara dengan besar hati, wajah yang gembira dan muka berseri. Kita
mulai usaha kita dengan sekadar tenaga yang kita miliki. Dan jangan berniat
supaya beres dan selesai di tangan kita juga atau pada zaman kita juga. (Hamka) Selagi kita bernyawa, kita mestilah
bekerja menabur bakti untuk bangsa dan negara. Itulah hiasan yang sebenar. (Ibu
Zain) |
|