TIPS KESIHATAN DAN KECANTIKAN
Melicinkan tangan dan kaki Bahan-bahan: 6 sudu besar madu asli Cara-cara membuat: Campurkan semua bahan ke dalam mangkuk. Perahkan
air limau ke dalam campuran bahan tadi. Kacaukan adunan tersebut
sehingga sebati tetapi jangan sampai garam terlarut. Ambil 1 sudu
campuran bahan tersebut dan gosok perlahan-lahan pada tangan dan kaki
termasuklah pada bahagian kuku. Bilas dengan air dan biarkan kering. |
||
Mengubati cirit-birit Bancuh air suam bersama teh tanpa gula. Biarkan rasa pahit atau kelat sedikit. Bacalah selawat dan minum. InsyaAllah akan mengurangkan cirit birit. |
||
Hilangkan kesakitan cekam kuku Ambil sebiji limau nipis atau kasturi dipotong sedikit bahagian atasnya. Kemudian bakar limau tersebut sehingga bertukar warna kekuningan. Biarkan limau berkenaan suam-suam kuku. Selepas itu, cucuk bahagian jari yang mencengkam atau bernanah itu pada bahagian limau yang telah dipotong tadi. InsyaAllah kuku yang bernanah akan mengecut dalam tempoh beberapa hari sahaja. |
||
Meredakan batuk Petua 1: Ambil sedikit madu lebah asli dicampurkan dengan perahan limau nipis. Minum air tersebut dan amalkan sekali atau 2 kali sehari. InsyaAllah batuk berkurangan. Petua 2: Rendamkan gula batu, getah anggur dan buah kembang semangkuk selama semalaman di dalam jag berisi air masak. Minum air minuman ini sekerap mungkin. Petua 3: Ambil 2 tangkai lada kering dan bakar sehingga hangus. Campurkan dengan beberapa titis minyak kelapa. Apabila sebati, sapukan di sekitar kerongkong. InsyaAllah batuk akan hilang dan sakit kerongkong akan berkurangan. |
||
Mengubati lelah Petua 1: Ambil satu sudu besar madu dan 4, 5 titik getah betik. Campurkan madu dan getah betik, dan diminum dengan air yang telah dibaca selawat. Petua 2 : Ambil sebiji buah petola. Buangkan bijinya, masukkan gula batu dan bakar hingga masak. Perahkan buah itu untuk diminum jusnya. |
||
Merawat bibir pecah Bancuhkan air suam bersama gula merah dan sedikit asam jawa kemudian diminum beberapa kali. |
||
Mengatasi hidung bayi tersumbat Asahkan ibu kunyit kepada batu atau belakang pasu yang bersih, dan sapukan airnya secara nipis di sekeliling hidung bayi. Namun, jangan biarkan air itu meleleh ke dalam hidung. |
||
Menghilangkan ruam bayi Ambil segenggam daun letup, masukkan ke dalam air suam beserta sedikit ibu garam, ramas dan mandikan bayi dengan air tersebut. Lakukan setiap kali bayi dimandikan. |
||
Melegakan angin badan Petua 1: Campurkan air perahan bawang merah setengah cawan bersama halba rebus setengah cawan. Kemudian bancuhkan sedikit madu asli ke dalam bancuhan itu. Kacau dan minum campuran itu setiap hari. Petua 2: Kupas seulas bawang putih yang sederhana besarnya. Dan makan mentah-mentah. Badan akan menjadi hangat dan angin akan keluar. Rasa mual dan pening akan berakhir. Petua 3: Ambil 5 ulas bawang putih dibakar jangan sampai hangus. Makanlah bawang tersebut sampai habis. InsyaAllah cara ini sangat mudah dan menyenangkan. |
||
Menghilangkan panau Ambil lengkuas sebesar ibu jari. Buang kulitnya dan dicuci bersih. Kemudian tumbuk sehingga hancur lalu dibungkus dengan kain perca dan diikat kemas-kemas. Gosokkan pada kulit yang berpanau, amalkan selalu untuk kesan yang memuaskan. |
||
Mengatasi kulit kepala gatal Bersihkan segengggam daun puding lalu dikisar lumat. Lumurkan ke seluruh kulit kepala. Bungkus kepala dengan tuala bersih selama 1 jam. Kemudian, bilas rambut dengan air bersih. Lakukan 2 kali seminggu. |
||
Menghilangkan kudis di kepala Jika menghadapi masalah kudis di kepala, jangan cuba hilangkan dengan membasuh rambut dengan syampu kerana ia akan merangsangkan lagi kudis tersebut. Cara untuk menghilangkannya adalah mudah sahaja. Bahan-bahan yang diperlukan sedia terdapat di dapur. Titikkan atau tumbukkan sedikit kunyit hidup dan campurkannya dengan minyak masak. Jerangkan di atas dapur dengan menggunakan api yang perlahan selama 15 hingga 20 minit. Tutupkan api dan biarkan ia sehingga menjadi suam. Kemudian sapukan ia ke atas kudis. Lakukan beberapa kali hingga kudis tersebut berkuping dan kemudiannya tanggal. |
||
Mengubati kudis Ambil beberapa biji buah pinang yang sudah kering . Buang kulitnya, kemudian tumbuk pinang tadi hingga lumat. Campurkan dengan minyak kelapa supaya habuk buah pinang itu melekat di kulit anda. Bahagian kulit yang berkudis itu hendaklah dibersihkan sebelum disapu dengan serbuk pinang. |
||
Menghilangkan kurap Ambil daun gelenggang dan basuh sebelum menggulungnya. Kemudian cicahkan hujung daun tersebut dengan gula dan gosokkan tempat yang berkurap dengan daun tersebut. Gosoklah berulang kali sehingga tempat yang berkurap tersebut mengeluarkan darah. Luka di tempat berkurap tersebut akan berkuping. Kuping tersebut akan tanggal selepas beberapa hari kemudian dan kurap pun akan hilang dan tidak berulang kembali. |
||
Mengembalikan kesegaran kepala Ramas 7 biji limau nipis yang telah dipotong melintang ke dalam bekas air suam. Tapis air limau itu dan lumurkan kepada kepala selama 10 minit. Kemudian barulah dibilas. Lakukan pada waktu petang. |
||
Mengatasi sengal tulang Patahkan ranting pohon kemboja dan ambil getahnya. Sapukan getah itu pada sendi-sendi tulang, di bahagian tubuh yang mengalami sengal terutamanya pada sebelah pagi. |
||
Menghilangkan bisa tulang Campurkan air sejuk dan air panas di dalam satu baldi. Campurkan sedikit garam. Amalkan mandi dengan air tersebut setiap kali mandi. Di samping itu, makan 3 biji bawang putih dan sebesar ibu jari tangan halia yang sudah dibakar. Amalkan selama 3 hari 3 malam. |
||
Lemah Otot Ambil 3 ulas bawang putih dan hancurkan. Kemudian minum bersama susu unta setiap hari selama sebulan bagi menguatkan otot yang lemah. |
||
Memutihkan gigi Campurkan sedikit garam halus pada ubat gigi yang hendak digosok pada gigi setiap pagi. Gigi akan kelihatan lebih putih berseri. Juga menghindarkan dari sakit gigi dan mulut. |
||
Mengatasi masalah gusi bengkak Ambil sedikit kulit pokok mempelam atau mangga. Basuh dan rebus dengan sedikit air dan campur dengan sedikit garam. Apabila mengggelegak, angkat dari dapur dan biarkan sehingga suam panas. Berkumurlah setiap hari dengan air tersebut. |
||
Mereda ruam panas Tepung kanji dicampurkan sedikit bedak wangi, kemudian lumurkan pada bahagian badan yang mempunyai ruam panas. Sebaiknya lumurkan selepas mandi. InsyaAllah ruam panas akan beransur sembuh. |
||
Merawat hidung berdarah Layurkan sehelai daun sirih. Gulung menjadi kecil dan sumbatkan pada hidung yang keluar darah. Pada waktu yang sama, ambillah ketulan ais lalu dibungkus ke dalam kain atau tuala, letakkan di atas dahi. |
||
Mengeluarkan selumbar atau duri Apabila terkena selumbar pada tapak kaki atau tangan, ambil sedikit belacan dan sapukan pada tempat terkena selumbar. Biarkan beberapa minit. InsyaAllah duri atau selumbar yang tercucuk itu akan timbul dan lebih mudah dicabut. |
||
Melegakan gatal kulit dan alahan Untuk menghilangkan gatal kulit dan alahan, ambil beberapa helai daun sirih dan rebuskan. Biar hingga mendidih. Celupkan kain bersih ke dalam air rebusan sirih yang sudah suam-suam kuku dan tekapkan kain itu pada bahagian kulit yang gatal, kira-kira setengah minit. InsyaAllah kegatalan akan hilang. |
||
Mengelakkan nafas berbau Petua 1: Sanggar hampas kelapa hingga kuning. Amalkan mengunyah hampas kelapa itu. Jika tidak sukakan rasanya, boleh saja diluahkan. Minumlah air suam selalu. Petua 2 : Ambil 7 helai daun sirih diracik halus kemudian diramas dengan semangkuk air panas suam. Campurkan sedikit garam, kumurlah setiap hari dengan air itu. |
||
Melegakan sakit gigi berlubang Petua 1: Celupkan kapas ke dalam minyak yang sudah digunakan untuk memasak. Kemudian bakar seketika di dalam piring (jangan sampai jadi abu). Masukkan sisa bakaran ke tempat gigi yang berlubang. Hati-hati jangan terkena gusi. Petua 2 : Celupkan seputik kapas ke dalam esen pisang dan tekankan atau sapukan kepada gigi yang sakit. Petua 3 : Ambil getah pada tampuk buah betik yang masih muda. Sapukan dengan kapas dan letakkan pada gigi yang sakit. InsyaAllah sakit gigi akan beransur pulih. |
||
Menghilangkan kembung perut Ambil 3 helai daun mengkudu muda dan sapukan minyak kelapa. Kemudian layurkan ke atas api selama 2 minit. Kemudian, daun yang masih panas ditekapkan kepada perut. |
||
Melegakan selsema Petua 1: Panaskan secerek air hingga menggelegak. Masukkan dalam 1 besen. Masukkan sejemput serbuk teh atau serbuk kopi. Titiskan 2 titis minyak geliga. Ambil gebar dan selimutkan seluruh badan dan besen itu dengan gebar tersebut. Tunggu hingga 10 minit. Bernafaslah seperti biasa. Badan akan berpeluh-peluh. (AWAS! Jangan titiskan lebih dari 2 titik minyak geliga. Nanti terlalu panas untuk badan). Petua 2: Telan seulas bawang putih setiap kali selepas makan sebanyak 3 kali sehari dan minum air perahan bawang putih dan limau serta berkumur air wap bawang putih. Petua 3: Ambil kunyit hidup dan tumbuk sehingga keluar air, lalu sapu memanjang di atas batang hidung hingga ke ubun-ubun. Lakukan sekerap boleh. InsyaAllah selsema akan cepat sembuh. |
Berusaha, berdoa dan berserah kepadaNYA. InsyaAllah .......